Utama | Keluarga | Perisian | |
Kenali Diri | Ad-Din |
Klik untuk 6 Pertanyaan Paling...
KEADAAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR
Muaz Bin Jabal r.a meriwayatkan hadith Rasulullah yang bermaksud:
Apabila berlaku Hari qiamat, umatku dibangkitkan dari kubur dan dihalau menjadi 12 kumpulan
Kumpulan 1 | Dibangkitkan tanpa kaki dan tangan.Mereka ialah orang yang menyakiti jiran tetangga semasa hidup di dunia, melalui lidah dan tangan. |
Kumpulan 2 | Dibangkitkan dengan berupa binatang atau babi. Mereka orang meninggalkan perintah solat / perintah wajib yang lain. |
Kumpulan 3 | Dibangkitkan dengan perut besar, berisi ular dan kala. Mereka orang yang tidak mengeluarkan zakat (dan sedekah). |
Kumpulan 4 | Dibangkitkan dengan darah mengalir daripada mulut, perut terburai. Mereka orang yang curang / menipu dalam perniagaan. |
Kumpulan 5 | Dibangkitkan dengan berbau busuk.Mereka orang yang merahsiakan perbuatan maksiat yang dilakukan semasa hidup di dunia. |
Kumpulan 6 | Dibangkitkan dengan leher yang berputus-putus.Mereka adalah saksi palsu dan pendusta. |
Kumpulan 7 | Dibangkitkan dengan tiada lidah, mulut mengalir darah dan nanah.Mereka orang yang menghalang orang lain memperkatakan yang benar / hak. |
Kumpulan 8 | Dibangkitkan secara terbalik (kaki ke atas, kepala ke bawah) dan daripada farajnya keluar nanah yang panas.Mereka ialah pelaku zina. |
Kumpulan 9 | Dibangkitkan dengan wajah hitam pekat, mata tertonjol keluar dan perut berisi api.Mereka ini pemakan harta anak yatim tanpa hak. |
Kumpulan 10 | Dibangkitkan dengan kulit berbelang-belang dan berguris-guris.Mereka orang yang meyakiti / mengguris hati ibu bapa ketika di dunia. |
Kumpulan 11 | Dibangkitkan dengan buruk rupa, gigi besar, bibir terkeluar, lidah terjelir, perut buncit ke paras peha.Mereka ialah peminum arak. |
Kumpulan 12 | Dibangkitkan dengan muka berseri-seri, meniti Sirat Al-Mustaqim" (Titian Sirat) laju seperti kilat.Mereka orang yang mendirikan solat, beramal salih, beriman, menjauhi maksiat dan mati dalam keadaan bertaubat.Balasan mereka ialah Syurga Firdaus, iaitu sebaik-baik tempat balasan. |
Klik untuk 6 Pertanyaan Paling...
Utama | Keluarga | Perisian | |
Kenali Diri | Ad-Din |